Sejarah


Ditubuhkan pada tahun 1912, sebagai Sekolah Melayu Serom, sekolah ini pada asalnya terdiri di atas sebidang tanah di Jalan Serom Panggong dan mempunyai hanya sebuah blok bangunan.
Pada tahun 1926, sebuah bangunan baru 24’ x 60’ telah dibina di atas sebidang tanah terletak di Lot No 40, Jalan Masjid Serom 3 dan seterusnya menjadi tapak bangunan sekolah pada masa ini. Tapak tanah seluas 2 ekar, 2 rood dan 29 pole, ini telah dihadiahkan oleh Allahyarham Abdullah bin Samsu, SMJ, Penghulu Mukim Serom pada masa itu. 
Sekolah baru ini menjadi sekolah lelaki manakala sekolah di Jalan Serom Panggong dikhaskan untuk murid-murid perempuan. .
Setelah tamat perang dunia ke dua dan pemerintahan Jepun , sekolah ini dibuka semula. Pada tahun 1954 enrolmen sekolah ialah 255 orang murid yang belajar hingga ke Darjah IV.
Sebuah bangunan tambahan dan sebuah kantin telah dibina pada tahun 1955. Pembinaan ini dijalankan secara bergontong royong. 
Pentadbiran sekolah lelaki dan perempuan disatukan di sekolah ini pada tahun 1971. Bagi menampung pertambahan murid, pada tahun 1974, kerajaan telah membina satu blok bangunan baru dua tingkat dan sebuah kantin menggantikan blok bangunan yang telah dibina pada tahun 1955. Blok baru ini mengandungi 10 buah bilik darjah, sebuah pejabat am, pejabat Guru Besar, stor dan tandas murid.
Pada tahun 1982, kerajaan telah memperoleh sebidang tanah seluas 5 ekar, 0 rood dan 30 pole untuk dijadikan padang sekolah.
Dengan terlaksananya Program Pembangunan Pusat Sumber Sekolah, Pusat Sumber Pendidikan Daerah ( PSPD ), Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) , dua buah bilik darjah telah diubah suai bagi menempatkan bahan sumber kedua-dua institusi itu. Kekurangan bilik darjah ini telah ditampung dengan terbinanya satu blok bangunan tambahan 25” x 40’ melalui projek wakil rakyat pada tahun 1994. 
Kekurangan bilik darjah masih berlaku dengan terlaksananya KBSR Sains di mana sebuah lagi bilik darjah perlu diubahsuai untuk dijadikan Bilik Sains/ Makmal Sains.
Pada tahun 1996 enrolmen sekolah ini adalah seramai 350 orang murid dengan 20 orang guru, dua orang kakitangan dan tiga orang pekerja.
Pada tahun 1999 Kelas Pendidikan Khas Bermasaalah Pembelajaran telah ditubuhkan. Pada tahun 2000 pula bangunan baru 3 tingkat dibina bagi meningkatkan keselesaan murid.
Pada tahun 2003 dengan dasar kerajaan mewajibkan murid berumur 7 tahun bersekolah rendah , maka sekolah ini telah diberi peluang menubuhkan kelas Pendidikan Pra Sekolah dengan 25 orang murid.

Panorama

Fan Page