BERITA TERKINI

Apr 21, 2014

PROGRAM INISIATIF MEMBACA 2014

|0 comments

22 April 2014 - Program Inisiatif Membaca 2014 telah diadakan pada hari ini bertempat di dewan sekolah Sk Serom 3. Semua warga Sk Serom 3 terlibat dalam Program Inisiatif Membaca 2014. Program ini dijalankan secara serentak seluruh negeri Johor dengan slogan "JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK 10MINIT".

Nov 14, 2013

UPSR 2013

|0 comments

14 Nov 2013 - Tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Serom 3 yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun ini. Seramai 5 orang calon telah mendapat 5A dan 12 orang calon mendapat 4A.


Analisis Keputusan UPSR 2013

Bilangan Calon

71

Bilangan Calon Mendapat 5A
5 Orang

Bilangan Calon Mendapat 4A
12 Orang

Peratus Keseluruhan Lulus ABC

77%

GPS

2.01
Analisis Matapelajaran
BAHASA MELAYU
PEMAHAMAN PENULISAN
LULUS PERATUS LULUS PERATUS
70 98.95 % 70 98.95 %

ENGLISH MATHEMATICS SCIENCE
LULUS PERATUS LULUS PERATUS LULUS PERATUS
59 83.10 % 61 85.92 % 67 94.37 %

LULUS : Bilangan calon yang mendapat gred A B dan C

Nov 13, 2013

Hari Anugerah Cemerlang 2013

|0 comments

13 Nov 2013 - Hari Anugerah Cemerlang berlangsung pada hari ini bertempat di dewan SK Serom 3. Antara objektif hari anugerah ini dilaksanakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran mereka. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato Hj Mohammad Bin Jaafar wakil YB Abd Razak Bin Minhat, ADUN Serom.

Nov 12, 2013

Majlis Graduasi 2013

|0 comments

12 Nov 2013 - Majlis Graduasi Pra-Sekolah dan Tahun 6 berlangsung dengan suasana meriah pada hari ini. Seramai 30 murid pra-sekolah dan 70 orang murid tahun enam telah diraikan dalam majlis ini yang berlangsung di dewan SK Serom 3. Majlis kali ini disempurnakan oleh Tn Hj Mazlan Bin Ahmad , Guru Besar SK Serom 3.

Nov 8, 2013

Perkhemahan KoKurikulum 2013

|0 comments

8 Nov 2013 - Perkhemahan tahunan kokurikulum telah berlangsung selama dua hari satu malam bertempat di padang SK Serom 3 bermula 8 hingga 9 November. Seramai 90 orang murid dari empat pasukan beruniform telah menyertai perkhemahan tahun ini. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk memupuk semangat kerjasama da jati diri murid sepanjang perkhemahan dijalankan.

Panorama

Fan Page