Sep 8, 2006

Sukan Tahunan Edisi Ke 24

6 FEB - Sukan tahunan peringkat sekolah edisi ke 24 telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Ledang En Mahzan Bin Abu. Pelbagai acara sukan olahraga seperti lumba lari, lontar cakera, lontar lembing dan lain-lain acara padang telah dipertandingkan. Sukan olahraga tahunan ini bertujuan mencungkil bakat-bakat baru murid dalam bidang olahraga untuk mewakili sekolah dalam sukan olahraga peringkat zon. Sebanyak 4 buah rumah sukan telah mengambil bahagian dengan menghantar atlit masing-masing.

Sukan olahraga tahunan edisi ke 24 2006 ini telah diungguli oleh rumah Merah dengan memungut 6 pingat emas dan 12 perak. Manakala tempat kedua pula di raih oleh rumah Hijau dengan 5 emas dan 14 perak . Adik Mohd Fauzi bin Mazlan telah dpilih sebagai olahragawan , manakala olahragawati pula disandang oleh adik Fauziah Bt Mohamad.

0 comments:

Panorama

Fan Page