Jan 10, 2009

Kursus Kajian Tindakan


En Abdullah B Samad sedang menyampaikan kursus

Satu taklimat Kajian Tindakan telah diadakan oleh pihak sekolah bagi memberi pendedahan kepada guru tentang prosedur sebenar menjalankan Kajian Tindakan. Taklimat ini telah disampaikan oleh En Abdullah B Samad , guru pendidikan Khas SK Serom 3. Beliau yang mempunyai pengalaman yang luas dalam membuat beberapa Kajian Tindakan terutama terhadap murid Pendidikan Khas telah sudi berkongsi pengalaman beliau semasa menjalankan Kajian Tindakan tersebut. Taklimat ini banyak memberi maklumat yang berguna kepada guru-guru untuk melakukan Kajian Tindakan masing-masing. Taklimat yang bermula jam 8.30 pagi telah berakhir jam 11.00 pagi.

0 comments:

Panorama

Fan Page