Apr 22, 2009

Minggu Anti Dadah 2009


22 April 2009 - Pengetahuan tentang bahaya dadah perlu didedah kepada golongan pelajar supaya mereka tidak terjebak dengan gejala dadah dan menjauhkan diri dari penyalahgunaan dadah. Untuk mencapai matlamat ini pihak Sekolah Kebangsaan Serom 3 telah menjalankan program Minggu Anti Dadah Peringkat sekolah.
Program yang dijalankan ini bermula 22 hingga 24 April 2009 yang bertujuan untuk melahirkan guru dan pelajar yang benci dan anti dadah dan apa jua bahan yang boleh mendatangkan kesan negatif terhadap diri. Tema pada kali ini ialah Masyarakat Madani Tanpa Dadah.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pertandingan mewarna poster bagi tahap satu , melukis poster untuk tahap dua , ayangan tentang bahaya dadah , pertandingan mendeklamasikan sajak anti dadah , pertandingan kuiz dan pertandingan nyanyian lagu patriotik atau anti dadah dijalankan.

0 comments:

Panorama

Fan Page