May 22, 2010

Pertandingan Bowling Sempena Hari Guru 2010

Sabtu 22 Mei 2010 - Pertandingan Bowling Sempena Hari Guru warga SK Serom 3 telah diadakan di Kelab Bowling Jalan Bakri pada hari ini. Pertandingan anjuran Badan Kebajikan Guru Dan Staff SKS 3 ini telah mendapat sambutan hangat dari ahli-ahli untuk mempamerkan skil bowling masing-masing. Pertandingan kali ini turut disertai oleh ahli keluarga masing-masing. Antara tujuan mengadakan pertandingan ini adalah untuk merapatkan ukhuwan di kalangan ahli keluarga warga SK Serom 3. Para peserta pertandingan telah dijamu dengan makan tengah hari yang ditaja oleh Tuan Guru Besar En Shamsudin Bin Sarip.

0 comments:

Panorama

Fan Page