Feb 8, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H


8 Feb 2013 - Warga SK Serom 3 hari ini telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Tujuan sambutan ini adalah untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang membawa rahmat ke seluruh aalam. Sambutan dimulakan dengan perarakan sambil berselawat oleh murid-murid dan warga sekolah. Selepas itu murid-murid dipersembahkan dengan persembahan nasyid dan sajak oleh ahli Kelab Pendidikan Islam. Murid-murid kemudiannya dijamu dengan jamuan yang disediakan oleh pihak sekolah hasil pungutan derma ibu bapa murid dan orang perseorangan. Sambutan diakhiri dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Nizam bin Ali.

0 comments:

Panorama

Fan Page