May 16, 2013

Sambutan Hari Guru 2013



 16 Mei 2013 - Sambutan Hari Guru bertemakan Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda yang diraikan hari ini bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa, disambut secara sederhana namun meriah. Bagi warga SK Serom 3 sambutan dimulakan dengan perhimpunan di dewan bagi menyanyikan lagu Negaraku dan Kami Guru Malaysia. Pelajar dan guru juga turut mendengar perutusan sempena hari guru yang disampaikan oleh Guru Besar. Sambutan turut disertai dengan persembahan nasyid, koir dan sajak oleh murid-murid. Sambutan kali ini juga turut disertai oleh YDP PIBG SK Serom 3.

0 comments:

Panorama

Fan Page