Jun 21, 2013

Hari Terbuka Dan Taklimat Sarana



21 Jun 2013 - Bagi mengeratkan hubungan ibubapa dengan pihak sekolah serta membincangkan tentang pembelajaran anak-anak mereka, pihak sekolah telah mengadakan Hari Terbuka pada hari ini. Walaupun murid-murid bercuti kerana masalah jerebu, kehadiran ibubapa amat menggalakkan untuk berbincang dengan guru tentang pembelajaran anak masing-masing. Sebelum itu turut diadakan taklimat Sarana Ibubapa yang disampaikan oleh Guru Besar, En Haron Bin Haris. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh ibubapa bagi menjayakan program Hari Terbuka kali ini.

0 comments:

Panorama

Fan Page