Jul 8, 2013

Pelancaran Bulan Semarak Islam 2013

8 Julai 2013 - Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan, Panitia Pendidikan Islam SK Serom 3 telah mengadakan majlis pelancaran bulan Semarak Islam bertempat di dewan sekolah. Majlis ini disempurnakan oleh Guru Besar SK Serom 3 En Haron Bin Haris. Sepanjang bulan Ramadhan tahun ini pelbagai program di atur untuk para pelajar dan guru, antaranya tadarus alQuran, ceramah Ramadhan, majlis Khatam al Quran dan lain-lain. Turut diadakan majlis penyampaian sumbangan untuk anak-anak yatim sempena ketibaan bulan Ramadhan.

0 comments:

Panorama

Fan Page