Aug 26, 2013

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2013

26 Ogos 2013 - Pelancaran Bulan Kemerdekaan kali ke-56 telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Serom 3 pada hari ini bertempat di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Johor dan ucapan perasmian oleh Guru Besar. Pelancaran diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh murid-murid SK Serom 3. Sepanjang sambutan bulan kemerdekaan kali ini pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kemerdekaan akan dijalankan bagi menanam sifat kecintaan kepada negara dalam diri murid-murid sekolah.

0 comments:

Panorama

Fan Page