Showing posts with label Berita 2012. Show all posts
Showing posts with label Berita 2012. Show all posts

Nov 21, 2012

Taklimat SPSK Dan SKPM

|0 comments

21 Nov 2012 - Taklimat Standart Kualiti Pendidikan Malaysia ( SKPM ) dan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti ( SPSK ) telah dijalankan pada hari ini bertempat di Dewan Seri SK Serom 3. Taklimat disampaikan oleh En. S. Paandiaraj dari Jemaah Nazir Negeri Johor. Antara sekolah yang menyertai taklimat ini ialah SK Serom 3, SK Belemang dan SK Serom 4.

Nov 19, 2012

UPSR 2012

|0 comments
 
19 Nov 2012 - Keputusan UPSR 2012 SK Serom 3 telah diumumkan hari ini dan seramai tujuh orang calon telah mendapat 5A dalam semua mata pelajaran. Manakala 10 orang calon telah mendapat 4A. Mereka yang mendapat 5A ialah Anis Suraya Binti Hassim, Nurfara'ain Binti Kamarudin, Nuriwana Izzah Binti Abd Jalil, Siti Nur Badrina Binti Badaruddin, Siti Raihanah Binti Abdul Latif, Syed Muhammad Ibrahim Bin Syed Yusof dan Zarith Faisal Bin Reza. Manakala GPS bagi sekolah ialah 1.96. Warga sekolah mengucapkan tahniah kepada mereka yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun ini.


Analisis Keputusan UPSR 2012

Bilangan Calon

80

Bilangan Calon Mendapat 5A
7 Orang

Bilangan Calon Mendapat 4A
10 Orang

Peratus Keseluruhan Lulus ABC

%

GPS

1.96
Analisis Matapelajaran
BAHASA MELAYU
PEMAHAMAN PENULISAN
LULUS PERATUS LULUS PERATUS
77 96.3 % 77 96.3 %

ENGLISH MATHEMATICS SCIENCE
LULUS PERATUS LULUS PERATUS LULUS PERATUS
76 93.8 % 75 93.8 % 77 95.1 %

LULUS : Bilangan calon yang mendapat gred A B dan C

Nov 8, 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan 2012

|0 comments

8 Nov 2012- Hari Anugerah Kecemerlangan SK Serom 3 hari ini berjalan dengan lancar dan meriah. Hari anugerah ini berlangsung di Dewan Seri Serom dan mendapat sambutan yang meriah dengan kehadiran ibu bapa yang ingin menyaksikan anak-anak mereka menerima anugerah akademik dan kokurikulum. Antara anugerah yang disampaikan ialah anugerah murid terbaik setiap matapelajaran, murid terbaik mengikut aliran dan lain-lain. Majlis turut diserikan dengan persembahan murid-murid tahun dua, tiga dan enam. Terima kasih diucapkan kepad mereka yang terlibat menjayakan hari anugerah ini.

Nov 7, 2012

Majlis Graduasi Tahun 6

|0 comments

7 Nov 2012 - Buat pertama kalinya SK Serom 3 menganjurkan Majlis Graduasi Tahun 6 bagi meraikan murid-murid tahun 6 yang akan menamatkan persekolahan peringkat sekolah rendah. Majlis graduasi ini dimulakan dengan perarakan masuk murid tahun enam ke dalam dewan dengan iringan muzik gamelan. Majlis penyampaian sijil tamat sekolah rendah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar kepada semua murid tahun enam.

Oct 31, 2012

Malam Mahabbah Ukhuwah 2012

|0 comments

31 Okt 2012 - Majlis jamuan akhir tahun Malam Mahabbah Ukhuwah telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Serom 3. Majlis ini diadakan di Dewan Seri Serom bermula jam 8.30 malam. Majlis jamuan akhir tahun ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara ahli keluarga warga SK Serom 3. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memeriahkan majlis antaranya cabutan nombor bertuah, pertandingan meniup belon untuk anak-anak ahli dan lain-lain. Sambutan dari ahli untuk menjayakan majlis kali ini amat menggalakkan.

Oct 24, 2012

Perwira Juara 2012

|0 comments

24 Okt 2012 - Pasukan Perwira - Rumah Merah- dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam kejohanan sukan dan olahraga kali ke 30 SK Serom 3. Kejohanan yang diadakan pada hari ini telah dirasmikan oleh En Azhar Bin Abu bakar,Naib Yang diPertua PIBG SK Serom 3.Antara acara yang dipertandingkan ialah larian 100 meter, 200 meter, 4x100 meter, 4x200 meter, lompat tinggi, lompat jauh, merejam lembing dan melontar peluru mengikut kategori masing-masing. Kejohanan sukan dan olahraga pada kali ini disambut meriah oleh warga SK Serom 3 dan ibu bapa.

Oct 21, 2012

Jambori Jota Joti Antarabangsa 2012

|0 comments
21 Okt 2012 - Empat orang ahli pengakap tahun enam SK Serom 3 telah menyertai Jambori di Udara dan Internet ( JOTA - JOTI ) Peringkat Dunia. Mereka ialah Amirul Asyraf Bin Abd Aziz, M. Faris Akmal Bin Zainudin, M. Sallahuddin Ayub Bin Mohd Noor dan Ahmad Ilham Bin Anhar. Jambori ini telah dianjurkan oleh Pesekutuan Pengakap Malaysia Daerah Muar bertempat di SK Parit Keroma, Muar. Jambori ini berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai aktiviti antaranya penggunaan radio amatur dan internet untuk berhubung dengan ahli pengakap di seluruh dunia.

Sep 29, 2012

Program Aprisiasi Seni PK 2012

|0 comments

19 Sept 2012 - Dua pelajar pendidikan khas SK Serom 3 telah  muncul sebagai Johan dan Naib Johan dalam pertandingan melukis dan mewarna lelaki junior sempena Program Aprisiasi Seni Pendidikan Khas Muar-Ledang. Pelajar tersebut ialah Ilyasa Bin Mahadi muncul sebagai johan dan manaklan Bilal Bin Ramlan muncul sebagai naib johan. Program ini diadakan di SK Parit Bunga, Ledang, Johor.

Jul 16, 2012

Salam Ramadhan

|0 comments
16 Julai 2012 - Panitia Pendidikan Islam SK Serom 3 hari ini menganjurkan satu program sempena sambutan bulan ramadhan yang akan menjelma tidak berapa lama lagi. Program ini diadakan di Dewan Seri Serom 3 bermula jam 7.45 pagi dengan persembahan marhaban dan kalam jamaie oleh murid-murid tahun tiga, empat dan lima. Majlis diteruskan dengan ceramah bertajuk Ramadhan Milik Kita ? yang disampaikan oleh Ustaz Razak Bin Darum. Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang kedatangan bulan Ramadhan yang mulia supaya mereka bersedia untuk menyambutnya.

Jul 10, 2012

Senamrobik 1 Malaysia

|0 comments

10 Jul 2012 - Seluruh warga SK Serom 3 turut serta dalam program senamrobik 1 Malaysia yang diadakan serentak diseluruh Malaysia pada hari ini. Pelancaran Program senamrobik 1 Malaysia diadakan di dataran kejat sekolah bermula jam 8 pagi. Program ini bermula dengan senaman ringan, ucapan guru besar dan senamrobik.

Jul 7, 2012

Perkhemahan Unit Beruniform 2012

|0 comments

7 Jul 2012 - Perkhemahan Unit-Unit Beruniform SK Serom 3 telah diadakan di padang sekolah bermula 6 Julai 2012. Perkhemahan tahunan ini melibatkan empat badan unit beruniform. Antara objektif mengadakan perkhemahan ini adalah untuk mencungkil bakat kepimpinan yang ada pada pelajar disamping menanamkan semangat kerjasama antara peserta. Seramai 120 orang murid telah menyertai perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah ceramah pertolongan cemas, membina gajet, memasak dan mencari harta karun.

Jun 22, 2012

Hari Terbuka 2012

|0 comments
- Program Hari Terbuka berlangsung pada hari ini bermula jam 8.15 pagi hingga 12 tengah hari. Tujuan program Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk membolehkan ibu bapa berjumpa dengan guru-guru yang mengajar anak mereka bagi membincangkan tentang pembelajaran anak mereka di sekolah. Di samping itu pertemuan ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dengan guru-guru. Program ini mendapat sambutan dan kerjasama yang menggalakkan dari ibu bapa.
22 Jun 2012

Jun 16, 2012

Karnival KBSR Daerah Muar 2012

|0 comments

16 Jun 2012 - Adik Eliz Izmatulhuda murid tahun 3 delima telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan mengarang bahasa Inggeris sempena Karnival KBSR Daerah Muar. Karnival ini berlangsung di SK Pt No 5, Parit Yusof, Muar pada hari Sabtu. Adik Eliz Izmatulhuda telah dilatih oleh Pn Haslinda Bt Tahir Shah. Tahniah diucapkan.

Jun 5, 2012

Sumbangan Baju Raya

|0 comments
15 Jun 2012 - Pihak sekolah telah menyampaikan sumbangan baju raya kepada anak yatim dan miskin pada hari ini. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pun Hjh Halimah Abd Rahman, GPK 1.

May 25, 2012

Majlis Perasmian 100 Tahun

|0 comments
25 Mei 2012- Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi SK Serom 3 sempena sambutan 100 tahun penubuhannya. Majlis perasmian sambutan 100 tahun ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar, Johor. Turut dirasmikan dalam majlis ini ialah Dewan Seri Serom 3 dan juga gelanggang futsal. Selepas masjlis perasmian tersebut YAB Menteri Besar meluangkan masa melawat gerai jualan dan bilik pameran artifak tentang sejarah SK Serom 3.

May 16, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

|0 comments
16 Mei 2012 - Sambutan Hari Guru pada tahun ini berlangsung dengan meriahnya di peringkat sekolah Serom 3. Acara sambutan dimulakan dengan perhimpunan pagi dengan bacaan doa dan bacaan beberapa perutusan sempena hari guru. Sambutan diteruskan dengan acara memotong kek dan nyanyian lagu tema hari guru. Beberapa acara pertandingan yang melibatkan guru dan murid telah dijalankan pada hari ini antaranya pertandingan melontar dat bagi guru perempuan, perlawanan bola tampar guru lelaki dan murid, pertandingan nasyid dan rekabentuk bangunan Islam. Tidak ketinggalan jamuan makan untuk semua guru dan kakitangan SK Serom 3 turut diadakan.

May 3, 2012

Majlis Penyerahan Sumbangan Bola Sepak

|0 comments
3 Mei 2012 - Pemain-pemain bola sepak pasukan SK Serom 3 telah terpilih mengambil bahagian dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Bola Sepak Berjaya Corporation Bhd-7 Eleven-Cosway Bhd. Corporate Social Responsibility Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis ini diadakan di SMK Jalan Junid, Muar dan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Dalam majlis tersebut 18 pemain bola sepak SK Serom 3 telah menerima sumbangan bola sepak dari pihak terbabit.

Apr 21, 2012

Penutup Minggu Sains 2012

|0 comments
21 April 2012 - Penutup minggu sains peringkat SK Serom 3 telah diadakan pada hari ini bertempat di dewan sekolah dengan suasana yang meriah. Majlis bermula jam 10.15 pagi dengan tayangan video berkaitan dengan sains. Selama satu minggu aktiviti yang berkaitan dengan dunia sains telah dedahkan kepada murid-murid. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran sains di makmal sains, kuiz sains, pertandingan mereka cipta kotak tercantik dan lain-lain. Dalam majlis penutup ini turut diadakan cabutan bertuah bagi pengunjung yang melawat pameran sains. Majlis penutup ini dirasmikan oleh Guru Besar SK Serom 3, En Shamsudin Bin Sarip.

Sumbangan Kepada Anak Yatim

|0 comments
21 April 2012 - Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada seorang bekas pelajar SK Serom 3 yang telah berjaya di dalam kerjayanya kerana sudi menderma peralatan sekolah kepada murid-murid anak yatim yang belajar di sekolah ini. Sumbangan ini telah diwakilkan kepada En Reza B Rauf untuk disampaikan kepada pihak sekolah. Majlis penyampaian sumbangan ini kepada anak-anak yatim tersebut telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Serom 3, En Shamsudin Bin Sarip.

KBS Tahun 3 Dan 4

|0 comments
21 April 2012 - Kem Bestari Solat untuk tahun tiga dan empat telah diadakan pada hari ini bertempat di Surau SK Serom 3. Kem ini dilaksanakan oleh guru j-QAF bagi membimbing murid-murid mengambil wudhuk dan menunaikan solat dengan betul. Latihan praktikal mengambil wudhuk dan menunaikan solat telah diadakan dalam kem ini.

Panorama

Fan Page