Showing posts with label Berita2011. Show all posts
Showing posts with label Berita2011. Show all posts

Jul 1, 2011

Sumbangan Anak Yatim

|0 comments


1 Julai 2011 - Seramai 22 orang murid yang merupakan anak-anak yatim dari SK Serom 3 telah menerima sumbangan berupa baju raya pada hari ini. Sumbangan berupa baju raya tersebut adalah hasil daripada derma orang ramai yang ingin menderma kepada anak yatim.

Jun 17, 2011

Hari Terbuka SK Serom 3

|0 comments


17 Jun 2011 ( Jumaat ) - Hari Terbuka SK Serom 3 mendapat sambutan yang amat baik daripada pihak ibu bapa. Hari Terbuka ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari bertujuan untuk merapatkan hubungan antara guru dengan ibu bapa murid. Di samping itu juga, ibu bapa dapat berbincang dengan guru kelas tentang hal-hal yang berkaitan dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah.

Jun 15, 2011

Wakil Peringkat Kebangsaan

|0 comments


15 Jun 2011 - Mohd Hafis Bin Mohd Aris dari Kelas Pendidikan Khas SK serom 3 akan mewakili Negeri Johor dalam pertandingan azan subuh sempena Program Semarak Islam Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Post Dickson, Negeri Sembilan. Sebelum ini Mohd Hafis telah muncul sebagai Johan dalam pertandingan Azan Subuh dan Naib Johan dalam pertandingan tilawah peringkat Negeri Johor yang diadakan pada 14-15 Jun 2011 di La Bella, Mersing.

May 26, 2011

Majlis Penyerahan Bangunan Baru

|0 comments


26 Mei 2011 - Satu Majlis Penyerahan Bangunan Baru di bawah Projek RMK9 Fasa 3 Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan di SK Seri Jong pada hari ini. En Shamsudin Bin Sarip, Guru Besar SK Serom 3 telah hadir pada majlis tersebut untuk menerima kunci bangunan baru Sk Serom 3. Turut hadir menyempurnakan majlis ini ialah Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Tuan Hj. Ahmad bin Othman.

May 21, 2011

Seminar Keibubapaan 2011

|0 comments


21 Mei 2011 - Satu program seminar keibubapaan anjuran PIBG SK Serom 3 dengan kerjasama BTN Negeri Johor telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan SK Serom 3. Program ini memberi fokus kepada ibu bapa pelajar tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Sesi ceramah disampaikan oleh pihak BTN Negeri Johor yang diadakan dua slot ceramah. Sambutan daripada ibubapa murid tahun 6 amat menggalakkan. Program yang bermula 8.30 pagi ini berakhir jam 12.30 tengah hari.

May 19, 2011

Program 1 Komuniti 1 JPJ

|0 comments


19 Mei 2011 - Beberapa orang murid dari SK Serom 3 telah menyertai beberapa pertandingan sempena Program 1 Komuniti 1 JPJ yang diadakan di Kolej Kemahirn Tinggi Mara, Serom pada hari ini. Antara acara yang melibatkan murid SK Serom 3 ialah pertandingan melukis, mewarna dan sukaneka. Beberapa orang murid telah berjaya memenangi acara yang dipertandingkan. Antaranya ialah Eliz Eizmatul Huda Bt Ishak , Johan melukis & mewarna kategori 8 tahun dan Zarith Firdaus B Reza , tempat ke-3 melukis dan mewarna kategori 7 tahun.

May 16, 2011

Hari Guru 2011

|0 comments


16 Mei 2011 - Sambutan Hari Guru 2011 disambut meriah di SK Serom 3 pada hari ini. Acara sambutan di mulai dengan perarakan guru diiringi paluan kompang dan kuda kepang oleh murid menuju ke dewan sekolah. Seterusnya perasmian sambutan di adakan dengan penyampaian perutusan sempena hari guru dari KPM dan ucapan guru besar. Selepas itu acara nyanyian lagu tema dan lagu Guru Malaysia dinyanyikan oleh guru-guru. Tema sambutan peringkat sekolah pada tahun ini adalah tradisional melayu, semua permainan yang dijalankan adalah berbentuk tradisional seperti berbalas pantun, tarik upih, menganyam ketupat dan nyanyian lagu-lagu tradisional melayu.

May 11, 2011

Kem Bestari Solat Perdana Tahap 2

|0 comments


11 Mei 2011 - Kem Bestari Solat Perdana Tahap 2 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan SK Serom 3. Kem ini melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6 menlaksanakan aktiviti amali solat fardhu subuh secara berjemaah. Kem ini merupakan program jQAF yang wajib dilakukan setiap tahun untuk melatih murid-murid cara-cara solat yang betul serta menekankan bacaan dalam solat.

Apr 26, 2011

Sepaktakraw B12 MSSD Ledang 2011

|0 comments

26 April 2011 - Pasukan sepaktakraw SK Serom 3 telah mengambil bahagian dalam pertandingan sepaktakraw bawah 12 MSSD Ledang 2011 yang berlangsung di SK Seri Jaya. Pasukan SK Serom 3 yang dilatih oleh En Reza dan En Hazali telah melayakkan diri ke separuh akhir dan memperolehi tempat ke-4 daripada 24 regu yang mengambil bahagian dari sekolah-sekolah Daerah Ledang.

Apr 24, 2011

Pesta Buku KLIBF 2011

|0 comments

24 April 2011 - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 berlangsung di PWTC bermula 22 April hingga 1 Mei. Seorang guru Sekolah Kebangsaan Serom 3, Puan Norlela Ibrahim turut melancarkan buku terbarunya di pesta tersebut pada hari ini. Buku yang berjudul Doa dan Tip Keluarga Bahagia terbitan Karya Bestari merupakan buku keduanya selepas buku Doa dan Tip Khas Untuk Pelajar.

Apr 23, 2011

Johan Pertandingan Menulis Essei Bahasa Inggeris

|0 comments


23 April 2011
- Nurul Fatin Atiqa Bt Mohd Rasyidi tahun 6 Al Farabi mewakili SK Serom 3 telah muncul sebagai Johan Tahap 2 dalam pertandingan Essay Writing Zon Bukit Gambir 2011. Manakala Nurul Nuha Bt Sa'aya tahun 3 Al Ghazali mendapat tempat ketiga bagi Tahap 1. Pertandingan ini berlangsung di SK Bukit Gambir.

Mar 21, 2011

Pelancaran Program Nilam 2011

|0 comments


21 Mac 2011
- Majlis pelancaran Program Nilam 2011 SK Serom 3 telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di Dewan SK Serom 3. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Adib bin Ibrahim diikuti dengan ucapan perasmian oleh Guru Penolong Kanan 1 Pn Hjh Halimah Bt Abd Rahman. Murid ditayangkan dengan persembahan multimedia tentang program NILAM. Turut di sampaikan hadiah kepada dua orang murid yang berjaya membaca paling banyak buku bermula bulan Januari hingga Februari. Murid tersebut ialah Mohd Firdaus Bin Zaidi dari 3 Al Farabi dan Maizatul Husna Bt Saipudin tahun 6 al Farabi. Antara objektif program ini ialah untuk menggalakkan murid-murid membaca bagi menambah ilmu pengetahuan.

Mar 12, 2011

Mesyuarat PIBG Ke 34

|0 comments


12 Mac 2011 - Mesyuarat PIBG SK Serom 3 kali ke 34 telah diadakan di dewan sekolah pada hari ini bermula jam 8.30 pagi hingga jam 1.30 tengah hari. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ledang YB Ir Tuan haji Hamim bin Samuri. Beberapa persembahan turut diadakan ketika berlangsungnya perasmian mesyuarat ini antaranya persembahan nyanyian bahasa Manderin murid tahun dua , sketsa dan koir bahasa inggeris oleh murid tahun enam. Tidak ketinggalan juga cabutan bertuah turut diadakan diakhir mesyuarat.

Panorama

Fan Page