Sep 8, 2006

Perasmian Program Kelas Pendidkan Khas 2006

21 Jun - Majlis perasmian program Sukaneka, perkhemahan dan sambutan hari lahir kelas pendidikan khas telah dirasmikan oleh Penyelia Pendidikan Khas Daerah Muar Encik Mohd Yusof Bin Misbakh pagi tadi. Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Kelas Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Serom 3. Program yang bertemakan Hargai Kami ini bertujuan untuk mendidik murid-murid pendidikan khas berdikari dan memberi pendedahan kepada mereka tentang kehidupan seharian. Program ini dijalankan selama 2 hari yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Serom 3.


Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang program yang melibatkan murid-murid pendidikan khas pembelajaran dan juga muird-murid normal. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah perkhemahan, sukaneka , sambutan hari lahir dan sebagainya.



Lihat album gambar

0 comments:

Panorama

Fan Page