Sep 9, 2006

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 49

SK Serom 3 9 Sept - Pelbagai aktiviti yang melibatkan murid -murid SK Serom 3 telah di adakan semperna menyambut bulan kemerdekaan negara kali ke 49. Sambutan yang bermula jam 7.20 pagi ini dibuka dengan bacaan doa kemudian diikuti nyanyian lagu-lagu patriotik negara. Lagu-lagu patriotik dinyanyikan oleh murid dengan penuh semangat antaranya lagu Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Tanggal 31 dan Budi Bahasa Budaya Kita.

Antara aktiviti yang dijalankan semperna sambutan kali ini ialah senam robik , basikalthon merdeka , larian merdeka , pertandingan sajak , merwarna dan nyanyian lagu patriotik serta basikal berhias. Hampir keseluruhan murid mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.

Program ini ditutup rasmi oleh Guru Besar SK Serom 3 , En Shamsudin Bin Sarip , yang kemudiannya menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan.

0 comments:

Panorama

Fan Page