Apr 5, 2012

English Fest Zon Bukit Gambir 2012

5 April 2012 - Adik Nuriwana Izzah Bt Abd Jalil, murid SK Serom 3 muncul johan acara Story Telling Phase 2 sempena pertandingan English Fest Zon Bukit Gambir 2012. Pertandingan ini telah diadakan di SK Bukit Gambir pada 5 april 2012 yang melibatkan sekolah-sekolah rendah Zon Bukit Gambir. Manakala dalam acara Story Telling Phase 1 yang diwakili oleh adik Eliz Eizmatul Huda Bt Ishak dan acara Public Speaking yang diwakili oleh adik Alya Yasmeen Bt Abd Jalil, masing-masing berjaya meraih tempat kedua. Ketiga-tiga peserta ini akan mewakili Zon Bukit Gambir dalam pertandingan English Fest peringkat daerah. Tahniah diucapkan kepada pemenang.

0 comments:

Panorama

Fan Page