Apr 6, 2012

Majlis Perpisahan 2012

6 April 2012 - Satu majlis perpisahan bagi meraikan rakan-rakan yang berpindah ke tempat bertugas baru kerana kenaikan pangkat telah diadakan pada hari ini. Majlis perpisahan ini adalah meraikan empat orang rakan SK Serom 3 iaitu Pn Normah Johari, En Zubir Sharif, En Ismail Aspan dan Puan Jamilah. Majlis bermula dengan jamuan makan bersama kakitangan dan guru bertempat di kantin sekolah. Kemudian diteruskan lagi dengan majlis bersama murid-murid yang diadakan di dewan. Kami warga SK Serom 3 mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada mereka.

0 comments:

Panorama

Fan Page