Mar 16, 2013

Mesyuarat Agung PIBG 2013

 16 Mac 2013 - Mesyuarat Agung PIBG SK Serom 3 kali ke 36  telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seri Serom 3. Mesyuarat yang bermula jam 3 petang telah dirasmikan oleh ahli parlimen Ledang, Yang Berhormat Ir Tuan Haji Hamim Bin Samuri. Turut diadakan penyampaian hadiah kepada bekas murid-murid SK Serom 3 yang memperolehi pencapaian 5A dan 4A dalam UPSR 2012. Dalam mesyuarat kali ini juga En Azhar Bin Abu Bakar telah terpilih untuk menjadi Yang diPertua PIBG yang baru bagi sesi 2013-2014. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa yang dilantik menjadi AJK PIBG pada kali ini. Pihak sekolah juga mengucapkan ribuah terima kasih kepada mantan YDP PIBG yang lalu di atas kepimpinan menerajui PIBG sebelum ini. Mesyuarat diakhiri dengan acara cabutan  bertuah.

0 comments:

Panorama

Fan Page