Mar 11, 2013

Pelancaran Minggu Anti Dadah 2013

11 Mac 2013 - Pelancaran Program Minggu Anti Dadah 2013 peringkat SK Serom 3 telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Haron Bin Haris pada hari ini. Program minggu anti dadah ini merupakan program tahunan untuk mendedahkan kepada murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Turut diadakan sempena hari pelancaran ialah satu ceramah berkaitan dengan dadah telah disampaikan oleh Dr Azmil bin Atiman dari Klinik Kesihatan Sg Mati. Pameran berkaitan bahaya dadah juga diadakan.

0 comments:

Panorama

Fan Page